Kerana aku rindu
Rindu untuk bertemu denganmu
Ingin untuk mengucup tanganmu
Dan untuk memeluk tubuhmu
Engkau sinar engkau cahaya
Hadirmu sejuta makna
Menerangi dunia kurasa gelita
Kasih yang kau berikan
Masakan terjumpa tara bandingan
Bagaikan hati teresak hiba
Cintamu menghapus sendu tangisan
Engkaulah anugerah dari Ilahi
Laksana darah menyambung nadi
Dalam hidup memberi erti
Cuba kubayang dunia tanpamu
Pasti angin berhenti berlagu
Alam kan kehilangan segala seri
Dunia bertuah menerima kehadiranmu
Kerana aku rindu
Rindu untuk melihatmu
Walaupun sekadar dalam mimpiku
Walaupun hanya sedetik waktu
Ya Rasul kekasih Allah
Tidak kulayak menatap wajahmu
Tidak kulayak melawat syurga kediamanmu
Tidak kulayak mengaku umatmu
Tapi benarkan aku untuk merindu
Benarkan aku menyebut namamu
Benarkan aku memuji kemuliaanmu
Tweet this!
3 comments:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." (H.R. Muslim) ~Salam Maulidurrasul.
ini puisi ditulis sendirikah? tak sangka pandai berpuisi rupanya. puisi yang sangat baik. cuma, rangkap bawah tu, kalau perkataan 'benarkan' tu tukar kepada 'izinkan' lebih sedap rasanya :)
(eh, pandai-pandai pula komen puisi orang)
@puteri : terima kasih kerana rajin membaca puisi di sini dan di blog satu lagi. rajin-rajin la mengajar murid2 berpuisi ye?
@WS : cadangan yang menarik, tapi tak sedap rasanya mengubah puisi yang telah siap, feel dah lari. sebab puisi ni ditulis on the spur of the moment :)
Post a Comment